Total Pageviews

Thursday, 7 April 2016

Trip 'Super santai' Gunung Tahan(Merapoh-Merapoh)



GUNUNG TAHAN SI PENCURI HATI


Halluuuu. Assalaualaikum. Bertemu lagi kita setelah sekian lama dah x ber blogging. Bkn ape. Bz memanjang. Alang2 ade trip panjang ni nak gak rekod in the form of blog. Tengah buat blog air terjun Berkelah sbenanya, tapi demi Tahan yang tercinta aku langkah sat. kekekeke. Okay so lets get started.


Ni antara serba sedikit info pasal Gunung tahan sumber dari wikipedia:

"Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia TenggaraGunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan."

Kalau nak masuk ke gunung tahan ade 2 jalan, samada masuk dari sungai relau(merapoh) or masuk dari kuala tahan. Total jarak dari merapoh ke puncak adalam 45km. Dari puncak nak pegi straight ke kuala tahan 55km. Sebab tu ade org buat merapoh-merapoh, merapoh-kuala, kuala-merapoh or kuala-kuala. Ikut masing2 la nak kemana. Yang paling famous biasanya merapoh-merapoh sebab plaing laju 2hari 1 malam. Dulu boleh nak daypack. skrg x dapek laa. Trek pun bersih je lalu merapoh ni. Kalau sapa sahut cabaran or nak naik bot(kenya nak pegi kuala sbb nak bot je. zzzzz) boleh la nak ke kuala. The jungle is much more thick than merapoh and kata abang guider gajah mmg bnyk bkeliaran belah sana. total pjalanan je nak lebih kurang v2 je sbenanya. haha. Also kalau ke kuala tahan boleh lawat air terjun 4 steps yg famous tuu. Asal program mmg ke kuala tahan. Tap atas sbab2 yg xleh dielakkan, kami patah balik ke merapoh. 



 Summary pjalanan or route Gunung Tahan

They call gunung tahan the highest and one of the most toughest trek in Malaysia for nothing. Kalau kau betul2 kental baru kau boleh naik tahan. x kesah la dari merapoh ke kuala tahan ke. Training kene ckup ape2 pun untuk elak ape2 kecederaan. Kalau untuk aku punya personal training, xdela banyak. Mungkin sbb aku dh biasa dgn long trip buat badan aku sng adapt masa kat tahan. Gunung Nuang antara tmpt yg sesuai nak trek. Before tahan, aku berkelana ke gunung Gap-Ulu semangkok, Bukit Kutu and Gunung Tokwan. Sbb bz ckit kan. so xleh nak fokus sgt. huhuhu. tapi ape2 pun training kene gak teruskan. Dalam trip ni, Ali yg tlg organize training megharapkan masing2 dh ready fizikal dan mental. Sape x ready mati la korang. Dhla sweeper kita pun boleh tahan nak bagi kau mental kat blakang. hahaha

Training kat Bukit kutu(Descending)

So after months of training, suffer and all kinds of preparation, maka hari keramat pun tiba. Hari di mana kami ingin menjejak ke puncak malaya. Kami berkumpul kat Al Ali Bistro yg terletak di seksyen 13, shah alam. May I introduce to you our magnificent lineup for this trip :D

 Fad

 Haqqim

 Kenya

 Beep

Sarah

Thaqifah

 Asri
 Ali


 Abe


 Eza


Efa
 Adi


Ida


Kimi
Haneem

 Aza


Kecik

Zeb

Amir


Haffiz

Faris 


Riandi

Phan

Yaya

Macam long trip sebelum ni, yaya adalah gogo untuk trip ni under kumpulan TRIPS. First of all tq kat yaya sbb jayakan program ni. hehe. 

DAY 0
Kami start kumpul kat Al ali bistro kira2 pukul 11.45pm. Agak malam sbb van kami sampai pukul 2.Ration semua dibahagikan untuk 6 hari punya makan. So sape yg dh packing kene la repack balik.huhuhu. Ration mcm ayam, mee, beras semua disumbatkan dalam beg. Better beg 60L minimum supaya senang nak bawak barang2 yang diperlukan.



 Packing ye thaqifah :P


Personal ration


Hpster hikers?


Van kami suda sampaii






Dalam pukul 2, 2 van kami pun sampai kat al ali. Satu van letak semua n satu lagi van bawak most of the lineups. Hanya kami2 saje yg duduk di van kecikk

Zeb tertinggal. sorry :P

So kami pun mula bertolak kira2 pukul 2.15am. Melalui lebuhraya karak, kami pun bergerak ke Merapoh. Perjalanan ambil masa kira2 3 jam. Macam2 style tdo dalam van. X selesa toqq. Dhla enjin van panas -.-

2/3/2016(Sungai Relau-Kuala Juram-Kuala Luis-Lata Luis-Kem kor)

DAY 1

Kira2 pukul 6.45am kami sampai di taman negara sungai relau. Lepas solat subuh, kami kene tunggu ofis bukak pukul 9 pagi(blerghhhh) sementara kami kene susun barang sebab prosedur taman negara untuk kami declare barang supaya bende kami bawak dari bawah kene jugak bawak ke bawah. Satu pun xleh tinggal. Nak xnak kene gak. Agak leceh but kene gak layan.huhuhu


Duduk depan pejabat pagi2


 Sedang susun2 ration






Adjust bladder ye bang


 Abe settle ration


Ali n Aza


Serious benooo


Macam pasar tani dah. hahaha




Gogo dan pasangan




Habis semua packing and makan roti canai, kami pun letak beg kat powil(Ade 3, satu untuk letak beg, 2 untuk kami2) kami pun start gerak menuju ke kuala juram. Ambik masa dalam 30 minit, jalan ke sana pun ok je. xde kami lalu jalan yg kene pgg powil kuat2 ke ape mmg xde. hahaha. Laluan ke sana pun luas n selesa. Sepanjang jalan boleh nampak ade banyak tempat yg boleh dirintis. Paling aku ingat rentis palas n bumbun rimau je. Lain x igt. 

1st gate to kuala juram


 #teamdarahmuda




Fad n the geng




And finally paling hujung kami namapak destinasi yg akan dituju iaitu RENTIS GUNUNG TAHAN. Kami sampai di Kuala Juram kira2 pukul 11.00am. Kelihatan ade beberapa chalet di kiri dan kanan and ade santuari ikan kelah kat sebelah kanan. Kami ade small briefing sama ada nak mkn dulu or jalan terus. majoriti kata nak jalan terus. Oh, btw kami akan dibawa 2 guider iaitu abang zack n abg eddy, one of the 1st generation guider gunung tahan. Abg zack sediri pun dah naik 152 kali ke gunung tahan(perghhh...) and boleh naik ke puncak within 4 jam(another perghh..) cuma abg zack dah bersara 2005 and datang balik tahun lepas but still in top shape. Respect. Abg eddy xtau sangat cerita but yg aku tau die start naik tahan umur 16 tahun. In a way diorang mmg kira otai kaw2. haha































 With the guider




 Pukul 11.30am, kami pun start bjalan. Kami kene cross satu jambatan untuk pegi ke sebelah. Mula2 jalan just jalan sikit2 je and mendatar. Laluan pun sangat2 bersih. Kira2 10 minit kemudian, kami jumpa sungai pertama yg perlu di cross. Hanya paras lutut and x berapa licin gak. Siap boleh nyanyi2 lagi. hehe.

 1st sungai
Kenya posing di sungai.hehe


5 minutes later, 2nd sungai. Senang je mula2 ni(senang mula2 je.huhuhu)

sungai paras peha




Start dari sini jalan dh start memacak. Sikit2 je. tapi still tangkap lutut baikk punye. Efa pun dh jadi mangsa pertama. Slah satu sebab pun sebab cross sungai which make badan a bit sejuk. Kenya pulak dah start bukak lagu die kat speaker kononnya 20 lagu kareoke pilihan. hahaha. Kami kat belakang pun dok enjoy nyanyi. At least x merasa sgt memacak masa nyanyi. Then kira2 stgh jam kemudian kami pun jumpa sungai ketiga. Sungai ni agak besar tp cetek. Lepas cross kami pun rehat 15 minit sebelum teruskan ke kuala Luis





Rehat dan rawat


Dh minum air sikit and rehat, kami pun sambung lagi jalan. Hutan masih x tebal. Banyak pokok tumbang tp dh dibersihkan and aku dh start tersadung. Sakit ya amat tapi nak xnak kene bangun. Baru 1st day. acane niii. 20 minit mcm tu kami pun sampai di kuala luis. Baru 2 minggu lepas ade dengar berita sorang singaporean mati lemas kat sini, masa tu pun hujan and musim tengkujuh, so air agak tinggi sikit. Batu die agak licin gak and luckily diorang sediakan tali untuk cross ke seberang. Abe pun hampir2 nak terbabas. hahaha Kami rehat di sini dalam sejam(gler lama) sbb guider kata kitorang smpai agak awal. Kami pun mkn nasik yg dibawa dari juram tadii n solat.




 Cross sungai ke kuala luis


PENGSANNNNNNN
















Kira2 pukul 3 ptg, kami pun start gerak. Masing2 semua dh segar. Sedap semua tdo ye. Haha. Kami teruskan pjalanan ke lata luis. Pjalan pun masih dikira santai lagi. Cuma kat part kali ni kene main pacak ckit2. Badan pun masih sejuk, mati kene cramp tibe2. Hahaha. Apa pun xblh. Kene gak stop kejap2 haa. Ade gak bawak garam tp mkn garam buat masak tu. Ikutkan x elok sbb blh darah tinggi. Seeloknye mkn mkn iodine(?) Or garam bukit and mkn sbelum trip. Time tu garam tu je yg ade. Sebat jela. Kaki xleh nak gerak time tu. Hahaha. Time ni la kenya pasang lagu pencuri hati(by ayda jebat) buat ptama kali nye. And aku akan dgr spnjg 5-6 jam jalan. Zzzzzz. Bile dh okay then statt balik. Trwk pun ade ckit2 pokok tumbang and x perlu sgt nak pakai tenaga. Sbelum smpai lata luis tu pun ade small stream yg blh buat minum air. Depan tu dlm 10 minit smpai sudah lata luis. Air tejun blakang tu blh tahan padu gak buat mandi(time ni xleh mandi. Huhuhu)





 Percubaan buat flagpole



















 Antara air terjun yg ada di lata luis





Bile semua dh ade( kecuali zeb,efa,asri,kecik,yaya,abg z) kami start balik jalan ke 1st kemsite kami,kem kor. Kami akan lalu mcm mini waterfall yg kene cross(licin nak hareyy) and lpastu main pacak sakit pinggang. Sakit pinggang sbb tup2 smpai atas je aku ngan kenya sakit pinggang. Hahaha. Pacak nye blh tahan gak tapi pendek je. Trek pun dh start main naik atas bawah until kitorang jumpe sungai, tandai kem kor hanya 5 minit sahaja lagi. Pukul 6.50 kami pun tibe di kemsite. Kelihatan yg lain tgh pasang fly n letak barang ration. Ade gak yg nak mandi sebelum gelap. Group paling last smpai pukul 9 malam sbb ade yg injured. Menu mkn ialah nasi n daging(yg lain x igt). Malam tu gak abg guider brief pasal pjalanan esok n serba sedikit sejarah masa die naik. Peringatan: sila letak mknan anda dalam plastik sbb kem kor famous dgn beruang matahari. Kalau x die redah kemsite kau habis fly koyak. Hahaha. Habis masak malam tu kami semua pun tidooo. Sbb esok pjalanan tough ckit



Kem kor. Memang luas


3/3/2016( Kem kor-kem permatang- kem kubang-kem belumut-kem bonsai-kem botak)

DAY 2


Kami start bgn and runtuh fly kira2 pukul 8.30. Ali dh ready nak bahagikan ration antara kami sebelum bgerak. Perjalanan hari kedua blh dikira paling lama untuk trp tahan ni sbb kami akan bergerak terus ke kem botak, kem yang betul2 bawah puncak tahan. Alamat nye mmg senandung malam la. haha. Habis packing kami pun bgerak. Mula2 lalu kat tepi sungai sepanjang ke kem kor. Kat bahagian depan tu kene cross one more time. Finally boleh rase and fefeeling kering,or so we thought. more on that later. Habis cross sungai finally kami akan naik pacakkk yg pertama untuk pacak infinity yang seterusnya. hahaha. Trek okay je bersih. cuma main pacak saje x tahan tu. Kenya plak asal jumpe pacak je ajak rehat. Aku pun terikut. Haha. Pjalanan nak ke kem permatang masih senang sebab hanya lalu permatang je bnyk sebelum jumpe kem tu. Kat situ abg eddy and group dpn dah start jalan lepas kitorang sampai. Belah kanan ckit ade water point yang tersedia kalau2 nak topup air.

 Sebelum naik 1st pacak



Lepas 1st pacak. Muka Haffiz nampak perbezaan di situ :p






 Sebelum geng depan gerak

 3km ke Kubang is like forever -.-


10 minit kemudian kami pun jalan. Kenya kat depan aku and yaya kat blakang. Lepas kem permatang die punya pacak blh tahan gak sebab berterusan saje. Mmg no mercy. Ingat dah habis pacak tapi bile teleng kepale sikit...hmmm..pelamin anganku musnah. Time naik ni pun jumpe Amir tlg bawak beg thaqifah sebab die injured ckit. Tu pun amir still laju. Hang padu mir. Then smpai kat satu part boleh tarik nafas lega sebab igt dah habis. Sekali betul2 paciakkk infinity kat depan tu. Tegak and bertali. Kami pun duduk kejap sebelum gerak. Org kat blakang pun dah start regroup balik kecuali asri and abg z. Time nak naik aku teruskan pjalanan sorang2 since kenya ali semua nak bkk dapur haram dulu. Naik pacak 1st x berapa nak mengah sangat tapi panjang. Pacak kedua kene hati2 sebab jalan die a bit sempit and betul2 kene jaga step. 




Kebetulan jumpa sorang brader dari group johor and die tlg aku naik. Time ni dah tanye bile daa nak sampai. Dah 4 jam bjalan x nampak2 lagi next kemsite. Dah brape selekoh pun still x jumpa. Ada part yang mmg btol2 kene meniti sebab jalan lecak sgt2. Time ni aku dah fikir pacak tahan mmg win la. Bterusan saje. V2 pun kalah. Bezanya v2 main permatang and kene bnyk bongkok sbb semak. Lepas habis panjat yang blecak tu aku dgr suara org. Ni mmg tanda smpai kemsite. Depan ckit jumpe la nxt kemsite iaitu kem kubang. Kem kat sini sejuk. Tgk adi semua dah kelubung ngan plastik. Time ni aku baru smpai kan so badan panas. Haha. Aku smpai pkul 1.50 disusuli kenya yaya ali zeb efa and finally asri pkul 2.30(x igt sgt). Pekena sandwich adi,nasi goreng singapore(sumpah sedap) and kopi panas, badan pun btenaga ckit. 














Say cheese guys!!

Time kat kem kubang, guider bgtau awl yg kitorang akan smpai kem botak kira2 pukul 9 mlm sebab dah lari schedule. Nak xnak kami kene redah la. Huhu. Bfore gerak, ada ckit2 barang org injured kene dipecahkan utk ringankan beban diorang. So aku bawak la kasut and ground kecik. Mula2 xla berat. Lama2 rasa gak. Hahaha

So kitorang gerak kol 3.30. Adi dah start jalan dulu smentara yg injured semua jalan kat depan. Aku mcm biasa jalan dgn kenya. Naik kat sini mencabar gak sbb gap besar2 smpai tcampak tongkat aku. Dg lecak lagi. Ni kalau hujan mcm mana laa. Jalan depan sikit jalan dh start mendatar smpai la ke kem belumut kira2 40 minit dari kubang. Kat sini kelihatan pokok2 kene tebang sbb ditebang guider mase nak bawak turun jenazah dari tahan. So diorang kene sediakan tmpt utk helikopter landing. Maka terjadilah kemsite sperti itu. Kat sini air pun ada tapi kene ke bawah ckit.




 Belah belakang ni ade water point








Antara tempat yg kene tebas


Tunggu sini dlm 20 minit then yaya n thaqifah sampai. Kami pun start gerak ke kem bonsai. Jalan nak ke sana very2 challenging. Time to main selutt. Igt selut kat highway paip yong belar dalam. Ni lagi dalam. Aku masukkan tongkat kayu smpai bawah. Gilo. Jalan kat sini menurun ckit and bila smpai part selut dia bnyk pecah jalan tapi jgn risau xkan sesat sbb semua jalan ke arah yg sama. Cuma kene pandai pilih jalan mane x selut sgt la. Kakaka. Time ni pun aku tjatuh kene lutut. Sakit beb. Sumpah seranah trus. Tp jgn follow ye. haha.








Tertewas di lumpur. kakakaka


Dh habis main selut igt seksaan habis. Tp kat depan tu ade part curam yg kene turun pakai tali and kat depan tu ade part curam naik pakai tali. Kat situ kami rehat jap and ambik air kat tepi. Seminit je dh smpai. Bberapa minit kemudian kami pun start naik. Kalau boleh nak target smpai bahagian permatang sbelum gelap. So aku n kenya pun shoot ckit ke depan. Naik ni x pacak tp agak mencabar sbb main batu banyak. Luckily kami smpai kat atas kol 7.30. Bhenti kejap untuk hormat waktu magrib sambil2 tunggu yg lain. Sebab dah malam so x blh nak gap jaoh2. Nak xnak kene gak regroup. Smpai ali and abg z, kira2 kol 8 kali start gerak ke kem botak.




1501m dari aras laut

Patutnya kami akan lalu anjung tinjau yg ade pokok bonsai besar. Tapi abg z bawak kitorang cut laluan tu. Jadi xpyh ke atas. Malam pun x nmpk pun view nye. Haha. Dinasihati kalau blh elak jgnla jalan malam. Pace pun dh lain and jalan pun kene jaga2 plus mengantuk sgt2. Haha. Sboleh2 xnak tutup mata. Time nak ke bonsai tu pun bnyk dh yg tewas dgn kemengantukan. Nasib ada gula2 yaya bagi tu. Hehe. Before nak ke kem bonsai tu jalan nak ke atas sgt2 bahaya masa gelap sbb akar nak dipijak tu mmg x besar. Yg bertongkat tu pun kene gak lepaskan or bawak tongkat ke atas dulu. Akhirnya kol 11 malam baru la kitorang smpai kem bonsai. Rehat jap sambil2 minum air, bintang mmg serious sgt2 lawa. The best so far antara semua gunung aku pg. Kat sini pun dah start sejuk sebab mmg btul2 atas permatang and pokok pun rendah. 





Kem bonsai waktu malam

Kira2 11.30 kitorang start gerak ke kem botak. Rasa nak pecut je sebab nak cpat2 rehat. Tapi apakan daya. Sudah penat. Haha. So aku start jalan depan skali dgn thaqifah. Jalan nye pun selut jugak. Xdpt bygkan kalau hujan mcm mane. Ni musim kering pun bkn main dalam. Still sama gak, jalan bcabang2 but menuju ke arah sama. Jalan pun sedap je sebab xde sgt naik turun. Bhenti kejap2 sbb xnak jaoh sgt dgn org blakang. Sambil2 lepak sambil tgk bintang. Perhh. Mane nak dpt pngalaman gini kat bandar. Haha


*** masa jalan ni ada gak dengar org gelak(mcm suara Abe. Haha) which aku igt org dari kem botak. But mcm almost impossible sbb jaoh lg kem botak and bukit nye pun sbelah bukit satu lagi. Org lain pun ada dgr gak. Yelah, tempat org kan. Apa2 pun kita kene faham and hormat tmpt org. Wallahualam'


Jalan punya jalan smpai la tmpt yg mmg xde pokok or lalang besar kiri kanan. Jalan mmg botak saje. Time ni pun rase nafas berat sikit. Nak melangkah pun rasa lembik je. Oleh sbb nak jugak smpai awl aku seret jela kaki asal bgerak. Hahaha. Badan pun dah start rasa sejuk. Skali lagi pandang langit and langit xprnah menghampakan. Hehe. Smpai satu part nmpk headlamp adi and abg eddy menunjukkan kami hampir sampai ke kemsite. Jalan kat botak ni bbatu bata. X susah tp still kena hati2 takut tsalah pijak kat batu2 bgerak. Akhirnya pukul 12.40am kami pun smpai ke kem botak. Paling last kenya sebab tido kat blakang. Hahaha. Nak tau lebih lanjut sila tanya Ali :p Ni kem paling sejuk la stakat ni sbb kiri kanan xde pokok besar. Plus mmg botak. Menusuk2 gak sejuk smpai kena keluar emergency blanket sambil2 minum milo mkn maggi dengan Kecik. Nikmat2. 



 Fad bersama blanket



Tgh kemas barang agaknye

Malam tu pun dah decide yang guider maklum kami kene patah balik ke merapoh semula dan x ke Kuala Tahan. Katanya sebab kalau pace mcm ni mmg kami akan sntiasa OT and kene bangun awl. Boleh je nak pergi tapi sanggup ke x je kan. Haha. Kami pun terima je even aku ade gak rasa tkilan x pergi. Tapi xpe. X lari gunung dikejar kan? :) So esoknye kami hanya lepak2 di botak and lusa baru kami ke puncak. Dah siap2 fly kami pun tidoo

4/3/2016( Aktiviti bebas)


Xde apa sgt nak cerita. Kami hanya lepak2 di sekitar botak tu. pagi nye angin sejuk tapi bahang bkn main terik. Nak bjalan pun kene payung. Haha. Time tgh hari masing2 buat keje masing2. Ade yg layan teh gunung(mantap. Serius kene try), ade yg duduk bawah fly, ada yg gmbr sekitar botak, ada yg naik puncak awal2( Ni Abe. Pegi puncak tahan subuh2 dgn team johor tu), ade yg tdo smpai ptg. Ish3. View lawa pun xnak jalan2 :p But the one is the sunset. Biasa naik gunung jarang aku kejar sunset. Sunrise je. But Tahan give the best sunset view la haritu. Very2 majestic. Semua org ambik port masing2 nak gmbr dgn sunset. Aku plak dgn Adi,Zeb and Asri. By far the best I've ever seen. Alhamdulillah rezeki kami hari tu sgt baik


*Jangan kata abang/kakak x payung




































































Time malam ade sesi cerita pengalaman masing2. Ade yg 1st time pg trip pnjg, ade yg dh ade pengalaman. in the end kita semua sama je. yg ade pengalaman pun masih blaja dgn yg baru. Abe and the gang plak cuba gmbr dgn bintang2. and the results was superbb


















5/3/2016(Puncak Tahan- Kem Kubang)


Finally the day we went to the summit of Malaya. 5.30 pagi kami dah start gerak ke puncak sebab nak kejar sunrise. Jalan sama macam nak ke botak. Batu2 and selut. X seteruk kat bawah la. Nak ke puncak hanya 40 minit je. Akhirnya kami smpai ke puncak Tahan and my 4th G7. Wohooo. Apa lagi. Sesi bgambar laa



 Detik bersejarahhh














































Kira2 kol 8 kami pun turun ke bawah semula. Dalam pjalanan turun masing2 semua bgambar. Lawa beb. Bila lagi kan. Haha. Abe siap lepak2 lagi kat blakang nak layan view. Bila dah smpai Botak, kami pun start packing balik and turun ke kem kubang. Bila nak turun ni semua kene hati2. Dgn lutut begegar lagi. Beg berat. Mencabar nak turun nye. 

*xde cerita. Jalan turun sama mcm naik. Haha























Kira2 pukul 7.20pm, kami smpai ke kem kubang. Tapi ni kubang belah bawah sbb dekat ckit dgn water point. Ooh. Cter pasal water point, kat sini ada 2 water point. Satu dekat je dlm sminit tapi air die a bit kotor. Ade satu lg kat belah bawah. Kene jalan 5 minit. Diceritakan laki lain semua turun. Aku x sbb sakit kaki ckit. Esk aku turun gak sbb kene topup air. Turun die bkn main senang tp menjunam ckit. Naik naik die subhanallah. Hahaha. Sakit jantung dgn pacak die. Xla jauh. Tp bagi btol2 80 darjah. Tapi air die rasa much more fresh than tmpt2 lain. Malam tu abg z tnjuk pokok sarsi and tongkat ali and cara nak tgk daun2 herba. Bnyk bnd kami blaja malam tu dpd org bpengalaman himself. 


6/3/2016(Kem kubang- kem kor- kem lata luis)


Pukul 6.30 pagi masing2 semua dah bangun nak mengemas. Mau turun ke bawah sudah. Abg eddy dah nasihatkan awl yg turun ke kem kor ni lutut panas ckit sbb keje mmg menurun saje. Boleh byangkan sbb dh tau mcm mane naik. Kami start gerak kol 9 menuju ke kem kor. Masing2 semua dh bdesup ke depan. Aku, kecik ngan kenya pulak melayan perasaan kat blakang. Satu lagi sbb lutut dah panas. hahaha. Dok melayan speaker kenya tu pun best gak. xdela mental sgt. Lagu ulang2 pencuri hati then lagu darah muda-bunkface sehingga tertubuhnya #teamdarahmuda. hahahaha. Mcm2. Smpai kat kem permatang kami rehat kejap then teruskan pegi ke kem kor untuk lunch. Tunggu semua datang kami gerak ke lata luis. nak gerak cepat2 sbb masing2 nak mandi air terjun. aku dhla x mandi lama. hahah.


Smpai je kami set fly and ready tmpt nak masak sambil tunggu wanita2 semua habis mandi.



Cross lata luis


 Dibuat oleh Adi si pawang api



Percubaan gatungkan diri. hahaha


Harini pun aktiviti santai jee. lepak2 sambil keje nak habiskan ration je. Malam pulak yaya sebagai gogo program ni buat mini post mortem, if anyone ada apa2 masalah yang nak diadukan. biarlah masalah tu antara kami je yg tau :)






 Sesi dapur haram. hahaha



7/3/2016(Lata luis- Kuala Juram)


Final day


Harini xtau asal semua lemau semacam. haha. Padahal last day. agaknya masing2 xnak kluar hutan gamaknye. Lpas kemas2 kami start gerak keluar. Xde cter sgt sbb laluan sama. Masa balik sempat lagi masing2 nak lepas gian mandi kat kuala luis. Bila lagi nak tiruk kan. huhuhu. Bila sampai kat lintasan kedua dari kuala juaram, aku kenya kecik amir and ali lepak sat kat blakang alang2 before keluar. Yang lain semua kat depan dah. kami je dok lepak2 kat belakang. Menung2 dok teringat setiap detik perjalanan. How aku cramp x habis masa hari pertama, how hari kedua tpaksa bjalan smpai 12.30 malam, but on top of it all, pengalaman, view, dan connection yg kita bina selama 7 hari tu. I dont know about others, tapi banyak benda aku blaja. bkn takat pasal ilmu2 hutan, tapi apa pengajaran yang kau boleh bawak ke tamadun hutan batu sana dan macam mana kau nak praktikkan dalam khidupan. Kerana itulah erti sebuah pengembaraan, iaitu mengajar diri menjadi lebih matang dan maju selangkah ke depan. Only travel makes you richer kan? Inilah ape yg kita dapat lepas spent macam2 utk satu trip. Cuma kali ni aku x capai obkektif. Apa yg aku tau someday kalau diizinkan Tuhan dan kudrat aku masih kuat, aku nak repeat Tahan and habiskan full trek Tahan ni. Target nak ziarah Gunung Gedung tu belum tcapai lagi. huhuhu. Macam Riandi plak nak pegi gunung tangga lima belas tu. Bak kata Adi, apa2 pun pergi trip kene enjoy. Kalau pg Kuala masing2 x enjoy pun x guna gak. Everything happens for a reason.


OK HABIS NGELAMUN, gambar untuk kali terakhir doluuuuu








 #Teamdarahmuda






5 minit kemudian, kami pun sampai la kat Jambatan Kuala Juram. Alhamdulillah semua selamat naik dan turun. TRIP SUCESSFUL! Kelihatan semua tengah rehab diri masing2 sebelum tunggu powil. Ada yg lepak kat dewan, ade yg mandi kat santuari kelah. Bila lagi nak layan sungai ye dok. 20 minit kemudian baru la powil sampai untuk bawa kami ke Sungai Relau. Rasa sayu bangat seh masa tinggalkan Kuala Juram. hahaha. Rasa rindu mcm biasa bila dah turun gunung. Moga dpt lagi di sini(Pada sapa2 yg nak repeat la kan. hehe)


Sampai Sungai Relau, kami adakan last group photo before kami declare barang untuk dptkan sijil dari taman negara. Sape2 x ckup barang jenuh la nak korek plastik sampah tu. hahaha. Sabo jela. dgn bau nye lagi. Habis siap tu aku pun kemaskan diri sebelum pulang ke Shah Alam































Naik powil sudaaa















Pulang ke Merapoh 


 abg hipster kita

mkn sbelum balik 








Summary pjalanan ke kem botak using Suunto(Bateri habis. Xsempat rekod ke puncak)

Petang tu kami tiba di Merapoh untuk makan2 sebelum pulang. Van tiba pukul 7 malam sebab van datang dari Jerantut. Tu yg lama ckit. Lepas beli2 makanan kat pasar kami pun angkut beg masuk kedalm van. Masing2 ucapkan selamat tinggal and trima kasih kat guider lejen kami, abg z and abg eddy atas tunjuk ajar mereka spanjang trip ni and sanggup melayan kami yg slow ni. hehe. Ape2 pun trip ni mmg superb dari awal smpai aher. Ada je bnd lawak yang jadi spanjang trip buat trip ni x bosan. Special thanks kat program manager TRIPS, yaya sebab sudi anjurkan program ni and ni kali kedua aku join trip yaya since v2. Oh sebelum lupa:







Aku nak ucap tahniah kat 3 lineup kami, Phan, Kenya and Adi sebab dah grad G7 masa trip tahan ni. Hampa semua mmg power and idola kami.Kuikui.Harap lepas ni boleh la habiskan G5 borneo ngan seven summit ye. hahaha. Moga dengan personal achievement ni korang boleh maju ke depan dalam semua aspek kehidupan. Xpe lpas ni kami pulak menyusul grad G7 naa. Harap gak kenya pg CUS. haahaha


Akhir kata, trip ni memberi erti kepada semua org yang join and peroleh ape yg masing2 nak carik. Nak view ke, nak cabar diri ke, nak carik bnd lain ke, hope masing2 dpt ape yg nak. Kalau nak cerita moment masing2 tu bnyk sangat aku nak type dlm blog ni. Biarlah masing2 igt je apa yg jadi masa kat sini. Harap if korang baca korang boleh imbau balik kenangan2 korang kat sini. Mana tau bkk 20 tahun lagi blog aku ni pun korang boleh refresh balik moment2 yg jadi.Aku mintak maaf if spanjang trip aku ada buat salah kat semua. Aku sndiri pun masih mentah dalam dunia hiking ni. Banyak bnd nak kene blaja. Aku pun harap antara kita xde yg serik nak hiking antara satu sama lain and always enjoy nature the best way possible. Also if blog ni xbnyk cerita korang aku mintak maaf sbb aku igt apa yg aku nmpk and rasa je. hehe. Kot2 la ada yg lain nak buat blog pun best gak nak baca. Thank you to Abe, Haffiz, Phan, Kenya and Aza for the photo yg aku semat kat blog ni. Till we meet nxt time kat mana2 gunung or trip. Ade trip best sudi2 la ajak. Huhu. CUS maybe nxt trip kita? hehe


Konklusinya, Gunung Tahan memang mencuri hati kita semua and buat masing2 jatuh cinta sama ini tempat. x begitu? Bak kata ayda jebat, KAU PENCURI HATIKU!




Tenang....


Salah seorang dari lineup iaitu Faris telah hasilkan video ni. Summarize our event for this whole trip. Do follow projecthike on Facebook and Instagram :)







-MK D. LUFFY-