Total Pageviews

Wednesday, 6 May 2015

XPDC Reverse Trans Titiwangsa Version 2.0

Salam.ola. Back from the dead I guess.haha.habuk2 kat blog ni kita kasi buang n we start with new thing aye? So entry kali ni nak cerita xpdc yang baru aku lalu which is Trans titiwangsa V2.

Dia dipanggil trans sbb ia merupakan perhubungan antara gunung. Kali ni kitorang rentas beberapa buah puncak di sepanjang banjaran titiwangsa. Crazy huh? Org gila je buat ni.sbb ape? Sbb nak carik view cantik. Pengalaman pun cantik. Tapi sakit dia pun cantek. Bnd cantik kan. Harga pun mahal.'Beauty is Painful'. Trans titiwangsa ni stakat ni ade 3 version. V1 (Yong belar-korbu-gayong), V2(Yong Belar-Yong yap) n V3(Yong belar-Chamah) V1 biasa dlm 5 hari, V2 dlm 8 hari santai n V3 lebih kurang 20 hari. Tapi v3 last buat 1998. Sape yg pnah hike kat hutan semenanjung ni tau lah horror dia mcm mane. Sbb tu gelaran utk trek v2 is the most notorious road ever had. Nak tau lebih lanjut carik kat google 'aktiviti pergunungan di Malaysia'. Bnyk info gunung mostly aku baca dari sini. sgt2 di rekomen

Basically mcm ni lah pjalanan kitorang. Aku dh ckp org buat V2 ni gila.hahaha (Picture credit to Izwanbliss)


Tanya aku, aku sendiri pun xtau mula2 knape aku join. Mula2 jd sbb yaya (program manager) suruh adi tny aku, asri n zeb nak join v2 ke x.mmg dh ckup sedia maklum bahawa trek dia sgt2 la ssh.8 hari pulak.mau jd beruk. Timbang takat kitorang pun cuba jela. Rm180 je kot.kalau luar punya trip biasa dia angkut 350-400 kalau x silap. Alang2 tgh sihat ni why not.kalau pkir long term mmg sgt2 sesuai waktu ni.kalau dh kawen kena ikat isteri xleh kluar. Haha. Kitorang pun start la training. Ade 2 bulan je lagi. Lagi kerja gila.org training 5 bln. Ahh kita tgk mcm mana ye. So aku start la training keliling stadium dlm masa 2 bln tu. Kalau blh sminggu at least 4 kali.xdela lari sgt momentum tu


Contoh training aku buat. Agak recommend pakai apps ENDOMONDO ni. Nak bnyk function boleh try purchase full version


So sepanjang 2 bulan tu bnyk la training. Bgantung rajin dtg ke x je.haha.yaya pun ada buat training ke bukit kutu n gunung bunga buah. Unfortunately aku xdpt dg sbb bz ckit dgn hal2 optom. Paling2 pun training jog je. Oh lupa nak gtau. Kitorang punya tarikh is 18/3/2015-26/3/2015. Make sure before pergi brg semua kene complete k.xpyh fancy pun xpe.asal cukup.xde org nak tgk korang dlm hutan tu pun. Haha

18 Mac 2015 (Bertolak dari shah alam-cameron Highland)

Maka hari yang ditunggu2 pun dh sampaiiii. patut kumpul pukul 7.30. Tapi ada masalah ckit semua kumpul pukul 11 baru gerak.lmbt gak la. Kesian driver la.hehe

Ready bawah menara u (seksyen 13 shah alam)


Hoho.semua tgh smgt lagi

Selamat bkenalan.tgh tunggu masing2 bersiap


Org last sampai is ali n abe. Oh sebut pasal org x pkenalkan lagi lineup kan.haha.tunggu yee. Time2 tgh kemas n ambik ration tu sempat gak ckp ngan org lama. Xtau nama betul.tp dia suruh panggil capek. Org lama msu gak. Die penah pg v2 N blog trip diorang pun ade. Dia cerita la pengalaman dia semua. Apa2 pun dia ckp kene enjoy. Kalau boleh jgn ot (mintak maap bang :p) Bnyk gak celoteh semua org masa tunggu ni.ade yg ngamok.cth nye kak haneem (kak nyonya) tunggu pukul 7.30 gerak kol 11. Driver kitorang pun ngamuk.hehe.biasa lah tu kan~ yg penting masing2 enjoy

So kitorang pun gerak dpd shah alam. Bismillah. Mudahan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Pukul 1 kitorang sampai kat rnr tapah. Makan mlm kejap.kasi alas perut. Then group aku gerak dulu sbb nak ambik sorang lagi lineup kat tapah. Then finally kitorang shoot pg cameron Highland. Lepas ambik abg poncho kat bus stop tanah rata kitorang gerak ke balai polis kg raja. Semua bersiap dulu tukar baju hike ape semua sebelum ke balai polis lojing.kereta semua akan ditinggalkan kat situ.sng kan.alang2 sblh balai polis.fowil pun akan ambik kitorang kat situ.kira2 kol 7 sampai situ. Solat ape semua then pegi beli makanan.

Sebelum sambung cerita, nilah lineup V2 :)

Ernie

Riandi

Wan

Kenya

Ida

Abe (Saiful)

Beep

Yaya (PM)

Haneem

Abg Poncho (Guider)

Nabil

Asri

Ali

Pot

Adi 

Haqqim


Total kekuatan kitorang adalah 14+1 guider. kalau nak tau muka2 kat atas tu after kitorang keluar v2. tu nmpk bersepah ckit. abe adi pun xpnah2 x shave terus keluar belang2 wak doyok.hehe. Nanti korang tau la kenapa muka kitorang bersepah. Okay back to the story...


19/3/2015(Blue Valley Dam-Puncak Tikus-2 Boundaries-3 Boundaries-Gunung Charlie)


So finally kitorang dh sampai balai polis lojing. 1st thing kitorang buat is beli luncpack kat kedai bhampiran. Sbb lpas masuk hutan xde masak2 dulu. just mkn mknan sendiri.

 Teh o panas feat Mr Panda di Lojing, Gua Musang

Pot bantu makcik2 kat kedai




A calm before the storm


lepas habis semua beli makanan, kitorang angkut semua bag naik fowil. ade 2 fowil masa ni. then finally kitorang gerak ke Blue Valley Dam. kalau ikut kata abg poncho, taangga blue valley ni dh lama x dipakai org sbb semua dh pakai trek baru. so kitorang boleh dikira org bertuah sbb dpt merasa balik trek ni setelah sekian lama x pakai. hmmm... 'bertuah' sgt. slalu dgr org cerita tahap susah naik bnd alah tu. tp x rasa lagi. so kita tgk mcm mana nanti ye.
 Me with Abg Poncho

 Org2 lama hike.hehe



 Jalan ke Gunung Siku- BVD

 Geng powil kedua


Fast we go!!

Time dalam perjalanan tu abg poncho ade tunjuk la mcm mana perjalanan kitorang. Basically kitorang akan buat mc pusingan U untuk completekan V2 ni. Dh semangat yet takut.hehe. Dalam pjalanan jugak kitorang lalu Gunung Siku, which is gunung yang pernah kitorang naik before ni. bnyk jugak kenangan gunung siku ni.mental pun ade.hehe. Finally dlm pukul 8.30 kitorang sampai kat blue valley dam. kelihatan tangga yang sgt curam di hadapan kami. Sesi perkenalan dilakukan sebelum gerak. Yg penting, gmbr bfore naik.hehehe.penting gmbr ni.kot2 ni last pg v2.hehe


 Asri sedang mengemas beg

 Calm before storm






 Lineup V2. Slow tapi kental



Then tepat pukul 9.00am, kitorang pun mulakan misi v2 ini. hohoh. cabaran pertama ialah lepasi 256 anak tangga. bunyi mcm x bnyk kan? bunyi pun mcm senang. x mcm yg org cerita. skali masa naik,mak aih. tangga die punya gap punyalah besar. menjadikan kitorang mengah cepat sbb perlukan bnyk langkah besar. bdan pun belum sempat panas lagi membuatkan ia susah. kena hati2 gak sbb ada sesetengah tempat paip dia berselirat. kira2 20 minit kemudian kitorang sampai kat atas. nampak beberapa pekerja bangla duduk rehat kat situ. nmpk rilek je kat situ.lepas tu boleh plak gelakkan aku.kuang ajo punya bangla.hahaha.kitorang rest dalam 5 minit and finally teruskan perjalan.next challeng is paip yang dh mcm highway utara selatan. serious panjang. dalam 30 minit gak. mmg rupa mcm senang. tp since dia sgt2 la slippery tu yg buatkan perjalanan dia agak slow. ada skali aku x fokus sgt then kaki kanan masuk dlm selut.boleh tahan dalam.ada paras buku lali gak.then terus tkr kasut getah.haha. kat sini mmg advisable utk pakai kasut getah. 


 Gmbr sebelum kaki masuk selut :P

Abe meniti di paip




dh habis trek kat paip,then tukar balik pakai kasut trek. kali ni jalan dh start naik ke permatang.perjalanan pun dh start naik turun. time nak ke puncak tikus ade batu topo,so senang nak carik landmark utk sampai ke puncak. marking pun bnyk jugak.so kat sini jgn risau sgt kalau2 rasa nak sesat. make sure follow trail. time2 kat trail ni pun boleh tahan mengantuk gak.so ade part tido la kejap.hahaha. kalau boleh jgn la.nanti tau la kenapa.mungkin 1st day x cukup tdo agaknye.tu penat lain mcm ckit hari 1st.

Penat toqqq

Finally lepas beberapa jam,kitorang berhenti kejap kat emergency campsite kira2 pukul 12.30.mkn lunchpack ckit then kitorang gerak balik dalam pukul 1. group depan dh jalan dulu dh. kira time ni group dh pecah dua. group blakang ade aku, asri, adi,ernie, abe, ali, yaya n kenya. Time jalan kaki pun dh start cram. alamak, baru 1st day. makan garam cki, kita teruskan redah. Trek very clear. yang xthn sbb kene merangkak bnyk.mmg mkn lutut sgt2. dgn bwk beg lagi. kira2 dalam pukul 4.30 ptg kitorang baru sampai puncak tikus. agak lambat sbb patut sampai sejam awl. so kitorang try jalan laju ckit. ali dgn abe dh gerak depan dh. kitorang agak slow sbb bnyk trek yg menjunam turun. so kena slow2 ckit. puncak tipu pun boleh tahan bnyk. naik turun naik turun. mmg mental tercabar gler la. sakit hati semua ade.haha. Kira2 pukul 5.30 kitorang sampai 2 boundaries. Suara org kat 3 boundaries dh boleh dgr. bunyi mmg dh dekat lan.tapiiii...hehehehe

 Tanda aras 2 Boundaries(SEmpadan Pahang- Perak)

 Muka semangat jalan lagi ni.hehe

Boleh lagi push niii


Mendengar suara Ali yang sayup2 kedengaran, kitorang pun gerak lepas rehat 10 minit. mengharapkan suara tu dekat, kitorang pun dgn smgt gerak ke 3 boundaris, iaitu sempadan pahang-perak-kelantan. kali jalan pun lebih kurang which is bnyk up and down. even kitorang keliru sbb ada satu part kitorang dh sampai kat semak2 bonsai, which kitorang assume tanda dh kat puncak, tapi belum lagi. die pergi turun balik derr. jalan kali ni pun boleh tahan teruk sbb bnyk pokok berselirat. mmg xde merangkak dh.mmg kene tiarap la jwbnye dgn beg besar tu.alahaiiii. aku pun boleh plak tdo kejap kan.padahal nak malam.mistake2.hehe. since hutan mmg bnyk sgt lumut, so tanah dia pun mmg sgt2 lembut.watch your step. finally dalam pukul 7 kitorang sampai 3 boudaries. kat sini view cantik. kelihatan bnyk gunung ganang kat situ. even kitorang nampak gunung charlie kat hujung sana. boleh tahan tinggi. kene turun the panjat balik.mental kat sini mmg korang kene strong gler2. kitorang rehat kejap sbb dh nak masuk maghrib. plan angkat sauh lepas maghrib.





 Kelihatan Gunung Charlie di blakang sana.hoho

Me with ali


Usai solat, kitorang pun start gerak kira2 pukul 7.40pm. kali ni susunan kena tkr sbb kena jalan mlm. mmg kena hati2 ckit la. asri kat depan diikuti dgn aku kat blakang dan yg seterusnya. kene jalan pun rapat2. mmg ssh ckit la sbb penglihatan pun x brapa nak clear sgt. mula2 kena turun part curam. sabab die lumut so sng ckit. sampai kat satu point ada kwsn rata. kitorang xtau nak jalan kemana. sahut pun x menjawab. walkie talkie pun x jwb. so kitorang assume diorang jaoh lagi.kitorang pun teruskan jalan mcm biasa. lepas part landai mmg kitorang naik saje. mungkin betol sbb nak naik gunung charlie kan. sampai satu stage angin hembus kuat. boleh tahan sejuk la. jalan dia pun konpius sbb bnyk pusing2 sepanjang permatang. kitorang takut salah jalan. tp since marking ade, lega lah ckit. masing2 pun dh penat gak. tapi nak xnak kene gak jalan sampai campsite. time tu agak2 dh pukul 9pm still x sampai. sampai kat tempat yg rata ckit kitorang bkk stove utk masak maggi. aku dh x larat nak mkn. so aku tdo la kejap sambil2 diorang mkn. kalau pkir balik mmg penat wooo. mane x nye. jalan dari 9 pg sampai 9 mlm. tu x sampai lg. after diorang semua dh mkn, kitorang pun start gerak. naik kali mmg curam 90 darjah punya beb. sbb ade tali sebijik mcm bukit taubat kat CBL( nanti explen kat next blog insyaallah) Adi sampai dh ckp 'akim, kenapa bukit taubat ade kat sini ea'. 'ntahlaaa.jln jela.aku dh penat ni' hehe. kene paut kuat2 sebab tmpt nak pijak pun x besar sgt. takut2 samar2 kang injured. then finally dh tangkap sorang mangsa which is ernie.kaki terkena akar kayu.sakit sampai meleleh air mata. tapi nak xnak kene jalan. aku try sahut, then org sahut balik. alhamdulillah.betol gak jln tu. 5 minit pastu riandi n wan dtg tlg ernie ambik beg dia. 15 minit kitorang trek sampai gak puncak charlie. fuhh, lega sgt2. dh nampak 1st group dh bkk fly semua. nmpk diorang memang tgh nyenyak tdo sampai bdengkur.haha. although ade yg x tdo lagi. angin kali ni sejuk gak sbb ade laluan angin kat bhg khemah abg poncho. set tempat tdo semua then tdo lah kami dgn tenang. tapi riandi dgn ali sblh aku ni boleh plak bbual kan.ahh xpela. bkn slalu sembang bwh fly kan.hehe. btw kitorang sampai puncak kira2 pukul 11.20pm.

-End of 1st day-

20/3/2015
(Charlie-kem gurkha-puncak gurkha-anak yong belar-Gunung Yong Belar)

Day 2.alahai bgn 2nd day bdn dh sengal2.haha. tapi bgn awl jugak dlm 7.30 mcm tu.tdo sedap tapi sejuk sgt. Make sure sleeping bag korang mmg tebal.baru sedap nak Tdo. Kalau malas sgt mcm aku beli la emergency blanket. Mmg sgt2 berguna.angin langsung x masuk. Bgn2 pagi tu kitorang start kemas sbb kene gerak pukul 9 utk kejar masa. Kenya bahagi ration masa tu utk elak org ngelat.ade je org ngelat time tu.hahaha. bforw warm up kene gmbr dulu. Hehe.penting weyyy~

Bahagikan ration di puncak charlie

 Nabil with Haneem and Beep

 With wan the shooter

 Beep di puncak charlie

 Tok Adi 

 Serious sgt tu bang

Group photo with lineup!



Finally after dh warm up abg poncho brief sikit pjalanan utk hari tu.next target is gunung yong belar, 1st G7 dekat trip kali ni.yong belar adalah puncak ketiga tertinggi semenanjung selepas tahan n korbu.kalau ikut abg poncho trip v2 ni dia punya tahap susah akan increase day by day. So kene be ready lah.dlm 9.30am kitorang start gerak turun ke kem gurkha, kalau ikut cerita ny tmpt ni adalah tmpt askar gurkha bersemadi. Ade gak yg plan nak tdo gurkha mlm smlm tp disebabkan ade cerita kurang enak kitorang play safe je. Then start la turun. Mcm mana naik mcm tu la turun.cuma masa turun ni xdw tali mcm naik. Time jalan tu kelihatan guning gayong n korbu kat blakang sana mase perjalanan. skali tgk mmg jaoh lg pjalanan kitorang ni.Pot injured kejap sbb ankle tkepak. Tp still boleh jln.power abe pit ji.smgt kental.kalau kata abg poncho dlm 30 minit blh sampai gurkha.kalau ikut pace aku dlm 45 minit baru sampai. Kat sini last water point sebelum ke yong belar. Kira ada 9 jam pjalanan nak kene tempuh bfore sampai.kene pandai safe air jugak la.

Kem Gurkha. Asri sedang menyusun beg


kira2 pukul 10.45 kitorang gerak ke puncak gurkha. poncho ckp kalau x sempat sampai by 1 o'clock ade emergency campsite utk lunch. so kitorang teruskan pjalanan. xtau knape, naik kali ni semput lain mcm.xtau la sbb lama sgt rehat or bnd lain. mengah pun lain mcm gak. haha. kalau ikut abg poncho ade 4 puncak tipu sebelum emergency campsite. kat puncak tipu view dia pun lawa sbb xde pokok. just ade semak2 ckit


Me with nabil. Blakang kitorang is anak yong belar

Wan, asri n me


Dalam pukul 1.30, still x sampai lg puncak gurkha. kitorang pun terus bukak stove utk mkn ckit. time tu ade aku, adi dan asri. kenya pun belum kelihatan sbb ade part dia injured so die jaoh ke blakang. alang2 tunggu die gak. 15 minit mcm tu baru tgh kenya sahut die ckp die slh jalan kat satu simpang. tp yg penting die jumpe kitorang. selesai mkn, kitorang pack and start hike. pjalanan lpas tu mmg mencanak naik saje. nak sampai ke permatang agaknye. tetiba plak perut aku memulas. x melepas 2 hari mmg perut mcm ape la. lama gak sampai adi ngan asri jln dulu.hahahaha. aku tunggu gak nak regroup ngan group blakang tapi diorang jaoh lagi sbb tunggu ida yg tgh cram. aku pun teruskan pjalanan sorang2 berbekalkan parang adi. depan ckit dr tempat aku melepas tu dh start mencanak 80 darjah. xde tali tp bnyk main batu.so kene cengkam kuat2. kalau hujan tu msti licin gler. boleh tahan lama gak layan.kaki aku pun dh start cram sbb cangkung lama sgt masa melepas. jalan pun slow tpi masih berjalan. dh sampai kat bhg permatang tu pokok buluh dh start banyak. aku sahut tp x jawab. aku tunggu sampai diorang dh dekat then baru teruskan perjalanan. pokok belumut dh bnyk n mmg kene lyn merangkak mcm biasa. kat situ la aku blaja yang walau mcm mana gagah pun koraang kat dunia ni, akann ada satu masa dunia akan buat ko tunduk sampai ke point yg korang akan mengalah. di situ lah Allah akan lihat adakah kita akat ingat Dia dan meminta pertolongan atau terus hidup dalam kesombongan. Masih jalan sorang2 dalam hutan, kdg2 aku konpius gak jln sbb bnyk simpang. sahut pun x jwb.aku lajukan pergerakan sbb nak kejar pace diorang. time ni pun bnyk duri.melekat satu kat mulut.mmg terbaik la rasenye.dinasihati pakai la inner or baju lengan panjang kalau nak jaga tgn 
Hutan sebelum puncak gurkha

Then pukul 4.30 ptg aku sampai kat puncak gurkha.kaki dh cramp gler time ni. nampak adi, asri, pot dgn ernie tgh lepak kat situ. 'lmbt nye ko.30 minit aku kat sini'. adi membebel kat situ.haha.yg penting aku memerlukan garam dpd asri. sgt2 mujarab.hehe. kitorang pun teruskan perjalanan. adi ernie n pot dh shoot kedepan dh. asri ngan aku jela jln slow ckit. asri ni pelik. bile dgn diorang laju. dgn aku slow.hehe.sori asri :P nak ke anak yong belar ni pun bnyk gak puncak tipu die.asyik naik turun. tanah pun btol2 mendap punye sbb mcm baru rintis. dh pukul 7.30 still x sampai anak yong belar. bunyi unggas tanda perubahan waktu. kitorang pun berhenti jap 10 minit baru teruskan trek dlm gelap. nmpknye 2nd time la OT.haha.sampai satu part yang btol2 pacak nak naik. mata pun dh start kuyu. ini pun sbb faktor altitude yg tinggi. yong belar ni dh sampai 7000 kaki gak.mmg kene tahan jela. jumpa satu part yg rata tu aku stop nak tdo.plan nak regroup dgn yg blakang. lama gak tdo.

Kegelapan sebelum anak yong belar 

 ade 15 minit baru kenya, yaya,nabil and ida sampai. bkk stove dulu untuk mkn. mkn maggi n air nescafe.cukup utk sekadar alas perut. semua pun dh ok, start angkat sauh.kali nak target terus ke anak yong belar. finally ade satu part tali yg abg poncho ckp akan jumpe anak yong belar lepas jumpe tali.mmg payah gler tali kali ni.nasib nabil tolong guide mana part yg kene pijak climber mmg bnyk pengalaman bab2 ni,hehe.tq nabil. depan ckit tu dh anak yong belar. jalan dlm 20 minit dh sampai yong belar. kedengaran suara riandi sahut dari puncak.fuhhh. x lama lagi. Sedut air ckit, terus gerak. Jalan nak naik puncak yong belar xdela ssh sgt sbb dh kat permatang. cuma part pokok bnyk2 silang tu pyh ckit. akhirnya dalam pukul 12.30am kitorang sampai.yeayy, 1st G7. padahal xpnah terlintas dapat untuk beberapa tahun ni. alhamdulillah rezeki allah. tapi OT kali ni over ckit. apa2 pun time jalan jaoh disiplin amat2 penting. Campsite yong belar ni besar ckit dr charlie. tp tikus bnyk. so yg sampah sarap tu make sure ikat btol2 utk elak tikus selongkar. 

Geng yg dh sampai awal. Ernie, Beep, Riandi, Haneem

Condition badan time ni masih okay. cuma penat tu blh tahan dpd semalam. Try to avoid OT kalau nak rehat awal. santai2 kat campsite punn boleh kalau sampai awl. kalau lmbt kene kerja keras ckit.hehe

-End of Day 2-


21/3/2015
(Yong Belar-Kem Kuali-Puncak H20-Kem H20)

Day 3- Bangun harini ade lmbt ckit daa. haha. ckit jela. still dlm pukul 8 gitu. mcm biase bgn2 kita kemas beg dulu. boleh tahan sejuk gak atas tu. 7000 kaki gak kan.view xla 360 tapi mmg superb. Mcm biasa abg poncho akan brief bfore gerak. kali ni kitorang akan shoot ke gunung junction sepatutnya. abg poncho target pukul 8 mlm gak la sampai. boleh dikira agak lmbt sbb bfore ni dia target sampai pukul 5 or 6 petang. boleh estimate kali ni trek agak jaoh ckit. Sebelum angkat saoh kene gmbr dulu.hehe

 My 1st G7 :D

 Lineup D' G7

 Berlatar Gunung yg x sure ape

 Silat yoga dr ernie.hehe

 Abe Pot


 Ada berani ka?

 Wanita kental

Capture the moments

 Start kemas2 barang



 Abe yg power

 Asri si superman

 Ida yg power

 Bersama gogo

 Buat ape tu bang?



Wak Doyok hutan


Unfortunately time tgh kemas barang, riandi terpatahkan spek aku. nak xnak kene salotape.nak jln xde spek ssh ckit sbb penglihatan x brape jaoh range dia. ahhh,dhla 2nd day. sabo jela. then pukul 10 kitorang pun start turun. boleh tahan curam jugak la sbb bnyk part yg kene lalu ranting n akar2 pokok. plus sgt2 licin. sape yg dh power mmg laju jela. aku je tkedek kedek.hehe. Sejam kemudian sampai la kem kuali. x sure knape nama dia kem kuali. tp ada org gantung kuali kat situ.sini adalah last water point bfore sampai H20. 

Kem Kuali. tgh susun beg balik

Kalau betol ni last water point, namanya kitorang kene redah 8 jam lagi baru sampai kem H20. nak xnak kene bwk air lebih ckit la. Pukul 11.30 mcm tu aku start gerak. org dpn dh jalan tunggu. so tinggal kenya dgn ali je kat blakang. shoot punya shoot baru aku jumpa yaya n ida. jalan kali ni blh tahan horror gak sbb bnyk tanah lembut. salah pijak mmg terperosok la kau. jalan nak ke bawah pun curam. since kitorang main kat permatang, mmg bnyk la jalan naik turun. sakit itu biasa.haha.tapi jalan dh boleh kira sng.landai. Harini aku plak yg jd sweeper kejap sbb nak jaga ida. so jalan kene slow ckit. sampai kat satu puncak tipu hujan pun mula turun. 1st time la kitorang kene hujan spanjang v2 ni. dhla dia menurun kan.mmg cenggini la jwbnye. jalan pun makin licin. spek dhla tercabut tgh jalan.haih.dugaan. time turun tu jumpa plak abe tgh bdiri kat pokok. katenye sejuk sgt sampai xleh jln. blh tny aku ok x kalau jln x pakai baju.ermmm, xtau nak jwb ape.haha.aku ngan ida pun truskan perjalanan. kedengaran mcm bunyi air ke bwh.aku jerit pun ade org sahut. mengharapkan dh nak sampai. tapi boleh gila gak dia punya jaoh. nasib asyik ke bwh.ok ckit la.lutut jela gegar. tanah lembut, mmg time hujan lagi la lembut. brapa kali dh tgelongsor sampai seluar koyak.hahaha

 Di puncak tipu sebelum hujan

Rehat bsama ida

Kira2 pukul 5.30 pm baru sampai kat puncak H20. xde signboard, just mcm puncak botak. Riandi lepak situ sbb kaki sakit. aku decide utk mkn kejap sbb takut x sampai lagi sebelum gelap. mkn la serunding yg aku bwk sendiri. mmg sedap gler. xtau la sbb lapar sgt ke ape.haha. 15 minit camtu aku ngan ida gerak. riandi decide nak tunggu org blakang. kami pun gerak dulu. Pjalanan makin ke bawah. dh risau dh mcm mana nak naik junction kalau ke bawah pun menjunam gini. mmg sakit gak la kan. time ni dh start bnyk pokok2 duri. Ada satu part btol2 menjunam giler babs punye. Dh terdengar bunyi sungai. x jaoh lg la kot sbb ada tanda dh nak sampai lembah. time ni la mmg menggelongsor kaw2 punya sbb xde akar.just pasir je. seronok kejap.hehe.kene careful arik jalan sbb ade 2 simpang yg mengelirukan dgn bnyk akar kayu kat situ. Setelah stgh jam jalan,akhirnya kitorang sampai gak kat kem H20 btol2 sebelum maghrib. ternampak fly yg diorang dh pasang. Tanya gak x shoot naik junction ke. abg poncho ckp takut lmbt sampai plus jalan nak ke junction bahaya kalau trek mlm. jadi kami pun campsite kat situ mlm tu. 1st time x OT.hhahaha. 8.30 pm baru team sweeper sampai. alhamdulillah stakat ni semua selamat. Injury ringan tu biasa lah. Campsite best sbb btol2 tepi sungai. mmg lyn la.

 Adi n Asri gigih pasang api

Geng chef hari ini
 Mknan yg dimasak oleh chef poncho




Mlm tu abg poncho masak utk kitorang. perghhh. sumpah mmg win la. Masak pun legend.hehe. mlm tu kami buat sembang2 bwh fly. abg poncho cerita la mcm mana dia dpt nama poncho masa dia n the team trek ke chamah-ulu sepat. harap2 dpt ke sana la tahun dpn.n makin fit dr skrg.hoho. Tmpt tdo x brapa rata sgt sbb bnyk batu. nak xnak kene sesuaikan diri gak la. Time ni la best nak sembang bawah fly sbb semua sampai awl. ini yg aku bnyk miss sbb asyik ot kan. mmg sembang di tgh trek jela jwbnye.haha. Setelah bincang ngan abg poncho, kitorang stuju utk bgn pukul 5 pagi n start gerak kira2 pukul 7 pagi utk keesokan pagi sbb nak kejar masa takut x sempat nak habiskan korbu dan gayong utk esk

-End of Day 3-


21/3/2015
(Kem H20- Last water point-Gunung Junction-Simpang Proton-Kem Cerek-Gunung Gayong-Gunung Korbu-Balik ke Gunung Junction)

Day 4

Hari ni mmg antara hari2 yg paling perit sejak aku masuk dunia hiking ni. X sure la kan mcm mana naik dari Kambing ke Yong Yap sbb x pergi due to injury. Gmbr dpd member ade je. Kemungkinan sorang lg lineup which is Beep akan buat blog bkenaan V2 jugak.hehe. ok back to story:

Dh dgr org sahut soh bangun kol 5. mmg rasa malas la kan sbb slalu bgn kol 8.haha. Haneem, adi n ernie dh bgn. semangat diorang ni. Kitorang pun start kemas2. lambat plak pack harini sbb nak susun ration punya pasal. kira2 6.45 am baru la kitorang start gerak. sampai kat last water point kalau x silap dalam pukul 8. breakfast just mkn roti yg dibuat kat H20 td. Kat sini kene ambik air lebih ckit sbb kat junction dh xde waterpoint. and kene ambik lebih ckit sbb stay kat situ 2 hari and daypack ke korga(Korbu Gayong). Siap ade air terjun lagi kat sini. tp syg xleh nak tiruk sbb kejar masa punya pasal. haha. Kami pun teruskan utk naik ke junction kira2 pukul 9.00am. Time naik ni la mental aku dicabar secabar cabarnya n fizikal diuji kaw2. Kalau tanya aku junction ni paling susah spanjang trip ni sbb dia paling jaoh n paling sukar memandangkan dia sgt curam. Ada satu part lepas waterpoint yg korang kene betul2 climb and dh disediakan tali utk korang panjat. org2 heavyweight mcm aku mmg perit ckit la.haha. Riandi pun tlg aku dpd atas utk support beg aku. baru sedap ckit naik. Lpas dh naik mmg penat gler la sbb kudrat semua dh lepas time climb td. habis je tali tu trek mmg kene langkah pnjg. lagi la mkn tenaga. punya penat sampai aku slh trek.haha.mental aku pun kira dh break gler. pjalanan nak naik ke junction agak ssh sbb smlm kitorang turun ke lembah. kali ni nak naik kke permatang balik, itu yg agak ssh. Canak dia pun boleh dikira 70 darjah gak. Dh sampai permatang dh blh tgk bnyk tempat rata kalau2 korang nak rehat. Kenya yg aku xpnah tgk mental pun boleh kalah dgn cabaran alam. Ada satu part yg korang btol2 kene pnjt akar. tp x brapa nak risau sbb akar dia mmg besar. cuma kene hati2 dgn licin sbb ada ckit2 lumut. Pot suruh aku jln dulu utk jimatkan masa. walaupun aku x larat tp kene gak jalan. mandatori la kalau kat v2 ni. jgn harap la nak patah balik. Aku, ida n pot pun teruskan jalan. Ada satu part yg sgt22 cantik. Ape lg, gmbr la kan. bkn slalu pg V2. lpas dh puas gmbr, kitorang jalan lagi. bnyk kali gak kene tipu dek puncak tipu. mental mmg jgn ckp la. dhla jaoh. nak maki2 pun ade. dh kat depan ckit jumpa asri sorang2. lutut dia pun tgh problem. Jalan naik turun, akhirnya pukul 2.15pm kitorang sampai gunung junction. Pjalanan aku ambik masa 5 jam. boleh dikira under perform sbb kalau ikut yg biasa dlm 3 jam. bayangkan la kalau kitorang shoot ke junction smlm. mau pukul 12 sampai. Budak2 dpn dh siap pasang fly n masak. Kami rehat sebentar sebelum ke Korga

Akar yg menuju ke arah Junction

 Di last water point

 Kenya si sweeper yg kepenatan




 Rehat sebentar

 Abe pot 

Geng Sweeper2 kental


                            

Riandi yg sedang kesakitan kaki 


Wira H20 :P 


Ada cerita knapa aku digelar H20.haha.semua blaku ketika di korga.hehe


Beberapa minit kemudian baru lah kenya n the gang sampai. Kitorang rehat kejap utk teruskan pjalanan ini. Geng dpn la yg biasanya siapkan makanan utk kitorang. terima kasih bnyk2.hihi. mknan yg kami akan bwk utk makan di korbu hanya lah nasik berbekalkan sayur. cukup sekadar alas perut. pukul 3.00 pm kami berkumpul utk teruskan perjalanan ke korbu dan gayong.kali ni kami akan ziarah 2 G7 sekaligus. 3.30pm kami pun memulakan pjalanan. target pertama ialah simpang proton. perlu turun dulu dr junction baru jumpa trail dia. mmg stress aku ngan junction ni sbb naik 2 kali turun 2 kali.hahahaha. turun dia pun mmg terbaik gak. tanah lembut n baru rintis. dh sampai bwh, wan ngan ali suruh aku pecut utk kjar ida. mmg tloncat2 je aku.pastu penat.haha. beberaapa minit baru jumpa ida n yaya. aku turun mmg slow sbb careful dgn lutut aku yg x sberapa. kalau naik insyaallah okay. trek x brapa ssh sgt. pacak pun gitu2 je. ada satu part yg mana boleh nampak org belah sana.kebetulan adi n the gang tgh lepak sana. gmbr kejap la,haha
 Ali part time sweeper(Time ni dia sweep aku)

 Adi, Ernie n Pot(If x silap)

Me(Nmpk perut aku tu. comel je tsembunyi di balik pokok)


Kalau tgk gmbr ni mmg nmpk kerdil je kita jika dibandingkan dgn ciptaan yg Maha Kuasa. Fascinating isn't it? bjalan sambil blaja bersyukur. this is one of the reason why I hike. Back to the story, aku pun bjalan. ditemani ali n wan. 5 minit dh sampai kat tmpt Adi gmbr aku. Teruskan pjalanan dlm 15 minit jumpa kem cerek. kelihatan yaya n ida rehat sebentar. katanya lapar sgt so trus mkn. waterpoint ada tp kene pg bwh 3 jam la. sanggup x? Rehat kejap kami pun bjalan. sbenanya bnyk kali je aku rehat sbb x thn since aku blari dr junction td. jalan pun slow. since aku org yg sgt2 la bnyk consume air, lagi la x larat sbb stock air kurang. Jalan dpn ckit nmpk Asri tgh bdiri, katanya hampir pitam. Aku teruskan pjalanan sorang2 sbb ali n wan akan teman asri. aku pecut utk tinggalkan yaya n ida. jalan ke proton mmg blumut. tapi trek dh kira ok sbb x brape nak curam. pukul 5.30pm aku pun sampai di simpang proton. Semua tgh lepak kat situ including abg poncho. 

 Nabil D' Proton

Wira hutan


Kalau nak tau knapa nama dia simpang proton sbb dulu ada logo proton org letak kat situ. tu je.hehe. Aku tny 'jaoh lg ke gayong?' 'tu haa sebelah tu. 3 minit je' abg poncho ckp. Oh finally dh sampai. tny balik 'korbu plak?' 'ni haa blakang abg' tapi x nampak sbb dilitupi kabus. kalau tgk gmbr kat google mmg togak. ade hkmah gak ada kabus.xdela mental. kata abg pincho nak ke sana je 3 jam. setelah semua dh sampai baru kitorang gerak ke gayong. beberapa langkah dh sampai gayong.hehe. alhamdulillah my 2nd G7. Tapak dia xla besar. tp kalau nak buat campsite boleh je. Aku pun tlupa plak bwk baju trip kan. gmbr jela pakai baju trek(n the smell,omg)

 Poncho Nabil Ali

 Happy sgt ghupe tuuu

 Kenya dh hilang perut.hehe

 Innocent nye muke Ali ni

 Muka tahan haus

Lineup D' Gayong

Dh puas gmbr,15 minit kemudian kami pun gerak balik ke simpang proton. angin sejuk mmg kaw2 tiup. Dh nak malam gamaknye. Then dari situ kami gerak ke korbu, puncak tertinggi banjaran titiwangsa dan kedua di semenanjung. Abe n Riandi hampir2 nak give up sbb lambat lagi nak sampai n nak balik brapa lama kan. kalau ikut hati aku mmg nak balik. tapi mengenang yg aku belum injured terok(mental hampir2 down) n x slalu pg V2, aku pun pikul mental fizikal aku yg dh nyawa2 ikan ke V2. serius x tipu. Pjalanan mula2 menurun dan diikuti mendatar. lebih kurang nak ke proton jugak, Ada satu part puncak botak yg korang blh nmpk view. since that time is almost maghrib, the view is double2 majestic and magnificient. 

Credit to Adi Putera

Trek sebelum gelap

Aku pun teruskan bjalan. tapi dh lepas magrib, kami re group dgn org dpan(Kcuali abg poncho yg shoot terus korbu) headlamp masing2 dh kluarkan utk OT trekking. Jalan dh start naik. oleh sbb mlm x nmpk sgt kecuraman dia. aku pun dh penat dh x layan semua tu. pkir nak sampai je. Kelihatan lampu2 bandar ipoh di salah satu puncak tipu. Jaoh dh bjalan. Korbu kalau diikutkan pintu masuk nye ialah dari ulu kinta, perak. Ada part yg turun agak curam, tapi boleh dikategorikan dlm 7/10. Naik dan turun, pada mula ingin rehat. tapi wan mintak terus ke korbu supaya boleh rehat lama. Time naik mmg x tipu, semua dh mental. ade yg dh berangin, marah2. jgn la disapa.haha. Jalan lumut dh kurang. hanya lah bnyk trek mcm broga which is botak. Akhirnya setelah beberapa jam kami pun sampai di puncak Titiwangsa, Gunung Korbu. X pasti pukul brapa smpai, tapi kira2 pukul 9.45pm jugak. Terserempak dgn budak2 UIA yg campsite atas korbu. mmg pack sgt2. jalan kene hati2 takut tkena fly diorang. Aku yg x larat terus terduduk dan tdo sekejap. kepala pun dh pening.haha.time ni jugak ko pening kan. Mkn pun xlarat although Adi ade offer cloud 9 dia. aku mengharapkan keajaiban mcm kat CBL blaku time mkn cloud 9( Akan diceritakan di next blog) tapi xde gak. Like people said, miracle happen only once. Kira2 pukul 10.45pm, abg poncho pun mintak gerak. Kali ni Abg poncho yg jadi sweeper. tapi bfore turun gmbr doluuuu. penat2 pun kene gak.hehe.












Turun pun kitorang lalu tmpt yg sama. Senang sbb trek kira ok. ssh sbb dia jaoh n dh malam.Kabus pun dh makin tebal. Aku igt sbb spek aku. tp rupanya mmg kabus. yg x affect adi n nabil jela sbb headlamp diorang lumen tinggi. so mmg terang benderang la. Aku kat sini dh start ngantwk n dh xde air langsung. padah bnyk sgt minum air kan. haha.jln pun slow je n bnyk duduk. aku dh cuba sedaya upaya nak laju tp kdg2 kecundang gak. kali ni abg poncho dgn ali sweep aku tp sampai kem cerek je. lpas tu tinggal abg poncho. sampai simpang proton aku lelapkan mata kejap mengharapkan aku makin ok. Sempat gak layan bintang. langit cerah n mmg lawa. dh tdo 5 minit, kami teruskan pjalanan. sampai di kem cerek, aku mintak diorang gerak dulu plus serba slh sbb lmbt sgt.haha. sorry guys. Aku mencari sumber air merata2 tp x jumpa. harap kan la jumpa air dlm botol ke apa kan. Tahap desperate sampai aku mencari lumut2 yg basah dan hirup. sgt2 la terdesak. haha.Mmg time ni dh hampir nak give up hiking. buat apa sakit2 kan badan carik bnd sia2. taapi nanti balik rmh rindu plak.hahah. ini la sakit yg aku carik sbb aku minat. time jln pun dh pkir milo ais mamak. perghhh. but on the bright side people say that human evolves when you are in desperate situation. ala mcm cerita digimon. nak mati je terus evolve.haha. but till now i never realize which part of me is evolve after the incident. it was a very horrifying experience. ade aku dgr cerita lineup lain sampai ambik periuk kera lah.tragis gak cerita balik junction ni. aku ke depan ckit aku nmpk asri n yaya tgh duduk. asri tgh teman yaya sbb dia tgh pening. aku nmpk diorang aku skali yg pengsan. haha. but mmg sgt2 dinasihatkan jgn tdo tgh trek. nak dpt momentum mmg pyh. Before aku lelap tgk jam pukul 3.15am. mak aih. dh brapa jam jln. plan nak tdo 5 minit. skali bgn tgk diorang dh xde. Aku pun laju kan pgerakan mengharapkan ada org. then tdgr suara abg poncho. rupanya aku silap jalan nak ke proton.haha. silap aku sbb kuat mamai. kami pun teruskan pjalanan. dgn kaki yg dh rabak, mental pun dh rabak, redah jela aku. aku igt aku org last. rupanya yaya dgn asri ade kat dpn lagi. agaknya mmg penat sgt yaya. abg poncho suruh aku gerak dulu. nak naik junction balik lagi azab. tiap langkah mmg nak air saje.tekak dh kering. mujur xde beg. so nak angkat bdn pun sng. naik kene paut kat akar n blh dikira sng gak la. kira2 pukul 5.00 am aku pun sampai ke puncak junction. semua dh nyenyak tdo. kenya ttdo sambil head lamp dia bkk. no wonder aku nmpk headlapmp dr puncak. thnx kenya. abg poncho suruh dia pg bwh ambik yaya. yaya sampai dalam pukul 6.00 am. Paling awl aku dgr yg sampai is wan kira2 pukul 3.30am, diikuti dgn adi kira2 pukul 4.30am. So dari situ lah aku digelar H20 disebabkan water consume aku yg sgt bnyk.haha. next time kena blaja consume air time hiking la kan.hehe. Dh habis letak beg aku pun tdo..

-End Of Day 4-

22/3/2015
(Gunung Junction-Anak Junction-Kem Togak-Kem Lembah Agas-Puncak Bonsai Tengah)

Day 5

Sedar x sedar rupanya kami bgn pukul 11.00am. gler penat. masing2 bgn lmbt. Suara Haneem gak yg kejutkan aku. Bdn dh sengal2 sbb sakit masa jln x hilang lg. Apa2 pun perjuangan perlu diteruskan gak








Sempat gak nak bakar2 sampah mane yg ade dulu. biar die ringan ckit kan. pukul 1.30pm abg poncho bg brief n kitorang pun start la gerak. Target harini ialah puncak view. kalau x sempat kami pacak kemah kat bonsai tgh jela. Kalau ikut trek stakat smlm adalah pjalanan V1, yg merangkumi yong belar-korbu-gayong. Kali ni adalah trip route V2, bak kata abg poncho, 'selamat dtg ke trek V2!!' yeayy, prasaan bcampur baur.haha. Kali ni kami akan menurun ke bawah. destinasi seterusnya ialah anak junction. Kali mmg bagi merangkak baik punya. sampai abg poncho pun mengaduh kesakitan.haha. mula2 jela dgn abg poncho. pastu reput la makin ke belakang.haha. Mmg korang kene cium tanah jela jwbnye time ni. paling bnyk la stakat trip ni. aku dgr sampai abe pun marah2 pokok.haha. Sejam kemudian baru la sampai anak junction. xde signboard sbb abg poncho kata org asli mmg suka buang signboard sbb claim tu tanah diorang. part tu x dpt elaborate bnyk sgt sbb x bnyk tny kat poncho. then kami pun teruskan pjalanan. Air time tu pun brape bnyk je yg tinggal. tpaksa la save takut2 waterpoint jaoh lg. Jalan kali ni bnyk turun kalau pkir balik nak naik dari arah ni pun blh thn sakit gak. Lpas tu ade part mendatar n naik ckit. bnyk main kayu balak kat sini. time ni tgk bnyk yg dh injured. riandi punya kaki pun dh menggelecet. Aku hulur la minyak gamat aku. Jalan depan ckit dh kedengaran bunyi air. dh nak sampai agaknye. depan ckit aku pun sampai. time ni aku jln sorang2 je. nak turun ke waterpoint ni pun blh thn curam gak. Betapa lega nya hati dh dpt air.hahaha. oh, nama checkpoint ni ialah kem togak. maybe namanye sbb pjalanan lepas tu mmg togak gak.haha. Lepas dh hirup air, aku pun gerak. kali ni kak nyonya sweep aku along with riandi. Jalan jela aku. takut punya pasal.hehe. Kali ni lagi la. main lereng2 diiringi dgn kayu2. langkah kene hati2. plus tanah dia lembut ckit. Nak naik pun kene hati2 gak. maybe sbb dh dekat2 ngan sungai gak. Kira2 pukul 6.45pm, kami pun sampai di kem lembah agas. Mmg sesuai sgt ngan namanya sbb agas sgt2 penuh kat sini. repellant aku pun x lepas gak. aku balut jela bdn ngan blanket mengharapkan agas x lepas. Kaki aku skrg ni pun masih bbekas ngan agas. Kami plan nak rehat kejap n shoot lepas maghrib. nak tunggu yaya n kenya gak la. dgr cter yaya injured. Kami pun makan la mlm kejap. Maggi menjadi pilihan. haha. air sungai pun sejuk. sesuai nak jadikan campsite. time ni xde gmbr sgt sbb xde mood nak gmbr.hehe. kira2 kol 8.30pm, kami pun gerak, cuma yaya n kenya x sampai lg. suara dh dgr la. Kami teruskan pjalanan ke kem bonsai tengah sbb x smpat nak ke puncak view. Trek kali ni mmg menaik jela. tp xla azab sgt. ada satu part jela turun ke bawah then akan naik sahaja. duri kat sini bnyk gak. aku ngan riandi brape kali dh kene. siap ade satu tmpt tu ade kelip2 lg. cantik la. tp ade la satu dua jee.hehe. Dh sampai permatang, haneem, ngan beep pun shoot ke depan since dh dgr suara org. kira2 kol 10.30pm kami sampai di bonsai tgh. Campsite x besar n btol2 tgh laluan. so agak x selesa sgt la. Asri tgh rehat kat tepi pokok. dia ckp dia jalan sorang je mlm tu. mmg suka bebeno jln sorang. haha. Stgh jam lpas tu baru la yaya n kenya sampai. Kami tkr baju semua n kami pun tdo. Esk nak ke puncak view, menandakan kami dh separuh jalan V2. nak patah balik pun jalan sama je. sanggup nak patah balik?hihi

-End Of Day 5-

23/3/2015
(Bonsai Tengah-Puncak View-Kem DGU-Bonsai Semak-Puncak Belumut-Kem Kacang-Puncak Kambing)


Day 6
Dh 6 hari rupenye dlm utan mmg gler ah trip kali ni. anyway kami bgn pukul 10 gitu. Agak lari dr jadual tp still acceptable. Kami teruskan pjalanan ke puncak view. X jaoh pun, dlm stgh jam. layan ckit permatang, kami dh nampak view kat dpn. subhanallah. mmg cantik. 360, blh nmpk pjalanan kami sebelum ini dan akan dtg. kelihatan yong belar n yongyap di kiri dan kanan. Dh sampai, ape lagi, gmbr la kan.hehehe. lawa beb

Gambatehh












Dh puas gmbr, kami pun teruskan ke kem dgu. ade org ckp dgu mksdnye dont give up. maybe dh tgh2 jln. tu yg dtg nama dgu kot.haha. pjalanan kali ni menurun je. ada lyn datar ckit n then terus menurun. Ini adalah 2nd waterpoint before kem kacang. Dh sampai kira2 pukul 1.30pm, kami berhenti utk lunch. mknan dh x bnyk, aku pun just mkn mee segera yg dibawak. Janji perut diisi kan. jalan jaoh lg. campsite kat sini blh thn besar. siap ade air ngalir. mmg baik la. Serunding pun ade lg. so masalah mknan xde masalah sgt. pukul 2.30pm, aku gerak dulu dgn beep sbb yg lain nak tunggu yaya n kenya. Jalan nak ke puncak belumut blh tahan licin. nak kata hujan x jugak. mungkin tanah lembut sbb laluan tepi sungai. Aku pun keliru masa tu sampai slh jalan. nasib beep nmpk jalan kat dpn. hehe. Tgh2 naik tu jumpa plak walkie talkie adi. Tercicir gamaknye. aku pun bawak kot2 diorang carik balik. Cun nmpk abg poncho ngan wan patah balik. mmg btol la tercicir. dpn ckit kami pun sampai puncak bonsai semak. Rehat kejap, then teruskan pjalanan. Jalan kat dpn ni bnyk duri n sgt2 mengelirukan. kalau boleh jgn la jln sorang2. semak pun boleh tahan tebal. Siap ada balak yg kene titi lagi. Lepas bhg balak tu jalan mmg menaik saje. No mercy. Time jalan jumpe asri kat dpn lutut tgh sakit. Aku gerak dulu. Jalan dh start balik berlumut. Nak sampai puncak la kot. Kira2 pukul 5.45pm sampai la kami di puncak berlumut. View boleh tahan lawa gak. Lepak kejap, tgk view n bgambar.hehe











Kalau nak ikutkan semua lumut, puncak ni antara yg lawa la.hhehe. seram ade gak. xtau nape. ade faktor yg buatkan tmpt tu pelik. anyway, kami terusakan pjalan pukul 6 mcm tu. abe ngan ali dh jln dulu dh. Tinggal aku dan beep. kali ni pjalanan turun ke bwh. agak licin sbb lumut. Kaki aku pun dh lain mcm dh time tu. kene gakla jalan slow2. Patutnya ambik air kat kem kacang tapi aku keliru katne kem kacang. rupanya dh tlepas. tpaksa la catu air. kalau x mmg xde air nak masak kat puncak kambing. Berhenti kejap masa maghrib. masa tu dh regroup ngan pot, ida n asri. Jalan kene slow sbb asri injured teruk. Finlly kami teruskan jalan ke kambing. nak kene naik lagi.huahh. Jalan gelap, tapi x brape nak ssh. Jalan agak sempit gak. Kira2 pukul 10.30pm, kami pun sampai la di puncak kambing. sejuk weyy, trek die mmg laluan angin. lagi dahsyat dari puncak2 sebelum ni. Mlm tu abg poncho masak utk kitorang. xtau sbb lapar or mknan tu mmg sedap. Kalau dpt tmbh mmg aku dh tmbh dh.hahaha

 Gmbr dari Google Image

 Hohoho. kecur air liuq

Jemput semua

Dh habis mkn semua pun ready nak tidoo. Time aku nak buang air terjumpa plak ular kecik warna itam. Abg poncho kata namanya paradise,or kalau x pun jelmaan. Ahh, x pkir dh.janji nak tdo.haha.oh, masa ni pun yaya n kenya x sampai lg. masa aku tdo pun diorang x sampai lg. ntah mana la diorang kan. Tapi respek la gua kat yaya. injured teruk gitu pun boleh jalan lg.hehe. alleyy!!

-End of Day 6-


24/3/2015
2 Trip:

a)Puncak Kambing- Gunung Tok Nenek-Kem Hari
b)Puncak Kambing- Gunung Bubu-Gunung Yong Yap-Balik Puncak Kambing


Day 7

Aku sebut 2 trip sbb time ni abg poncho bg 2 pilihan. sape tgh ok boleh terus ke yong yap. Yg injured boleh turun ke kem hari n tunggu lineup yg lain turun. Aku, Asri n Yaya decide nak turun sbb masing2 injured. Nak kata sedih tu ade gak sbb x dpt complete kan V2 ni. Tapi memandangkan xnak ambik risiko, kami pun turun jela balik. Xde rezeki la kat situ agaknye. V1.6 jela jwbnye.haha. Mintak maaf sbb x dpt ceritakan trip ke yong yap. Gomen


Time bgn pagi, sejuk mmg menusuk kalbu derr. Blanket pun xdpt nak thn sgt. Bgn pun sakit2 dh badan, Kene masak plak pagi tu. Aku pun xtau ape aku mkn pagi tu sbb main2 campur je.hahaha. Tp sedap. mkn ape pun sedap kat hutan ni.

Lepak bawah fly

 Lpas dh hbis mkn trip yg ke yong yap pun reday2 nak gerak. time ni yaya n kenya dh sampai. rupenye diorang campsite kat bwh tu je. x sampai 5 minit pun.haha. Kitorang pun bg la air teh yg dimasak pakai air hujan bwh fly. loya tekak. padahal dh jerang lama. Kenya decide nak ikut trip ke yong yap. Korang2 yg pg ni laa bawak smgt aku ke sana.huhu. Lepas diorang gerak aku, asri n yaya pun siap2 nak gerak. Kelihatan tok nenek dari puncak kambing yg semalamnya dilitupi kabus. dlm 5 minit sampai la. Pukul 12.30pm kami pun gerak ke tok nenek. Sampai kat depan ckit kami tinggalkan beg n bwk badan je pnjt. Jalan btali tp sedap la sbb xde barang. Jumpa plak sorang guider yg bwk grup pakcik2 cina naik tok nenek. Sampai kat atas tu, view die jgn ckp la. 360 gak. tp sbb panas je tu yg xleh nak lyn sgt. Puncak mmg totally batu










Dh puas lyn view, kami pun turun. Boleh tahan curam. Kaw2 punyaa. Ade part yg mmg totally tanah. Licin. nak je aku pakai kuali blakang aku buat surf turun. Time turun ni la mcm2 masalah dtg, lutut dh start longgar, kaki pun menggelecet. mmg x selesa sgt la. yaya yg injured laju dr aku. mmg xde kemahiran la aku menurun ni.hahah. 2 jam lpas tu sampai la kitorang kat kem x igt ape name die. ade water point. isi air ckit kami pun turun. Dh dgr bunyi air masih lagi x sampai. lagi la mental. pukul 7.23pm sampai gak kitorang kat kem hari. ade sungai besar kat dpn tu. Nmpk khemah2 pakcik2 cina td kat dpn tu. Xde tmpt nak tdo kami pg depan sikit. seram sejuk gak tmpt die. Kwsn lembah plak. mcm2 serangga ade. Lipas pun ade, kedengaran gak bunyi kuat kat sekeliling although x sure bunyi ape. Kami pun menebas kejap utk pasang fly. Yaya masak lebih ckit mengharapkan trip yg ke yong yap turun malam tu gak  tapi x sampai2. even abg poncho pun x turun lg. agaknye tdo kat puncak kambing. Walkie talkie pun x sampai signal kat diorang. huhu. Dh mkn semua, kami pun tidooo, mengharapkan diorang selamat sampai

-End of Day 7-


25/3/2015
(Kem Hari-Kem Lengkuas-Pos Sungai Rengil)

Day 8. Final Day

Yayy, harini last. Boleh la aku pekena milo ais balik ni.huahua. Akhirnya abg poncho pun smpai kira2 pukul 11am. Dia kata yg lain tdo kat puncak kambing smlm. ptt lerr x sampai2.haha. Tp alhamdulillah semua selamat kan. Pukul 11.30am, ditamani abg poncho kitorang pun gerak. Jalan dh rata dh kali ni. Cuma bnyk kene redah sungai. Baru aku tau org susun batu tinggi2 tu utk penunjuk arah rupanya sbb nmpk abg poncho buat. Walaupun trek rata je tapi jaoh n banyak pokok buluh. lagi sakit ati sbb buluh ssh nak lentur. Kene merangkak bertiarap mcm biasa.hahah. Time ni kene pakai kasut getah sbb jalan licin. Bbaloi la beli kasut murah mcm tu. kekurangan die sbb x brape nak tebal. sakit kaki la jwb nye.kuikui. Kitorang rehat kejap kat simpang yong yap, yang mane ade jalan yg menghala ke yong yap. kat sini la spek aku jd arwah dek kene hanyut sungai. sabo jela. Lepas jalan, abg poncho decide nak patah balik sbb diorang x sampai2 lg. Time ni la kami bertiga je jalan. Ade part yg kitorang kene 'cium' penyengat. 1st time. sakit nye pun blh tahan. ape lagi, campak beg, rendam muka dlm air. Nasib x mengembang muka.haha. Dhla pewai, kene lg penyengat. nasib kau la labu. Dh reda, teruskan pjalanan. Ade sungai besar yg kene cross pakai tali. kalau2 hujan mau lagi ssh. itu yg disediakan tali. 2 kali gak kene cross sungai besar. tapi sumpah x tipu. rasa mau terjun je sungai2 kat situ. mmg btol2 cantik. sygnye sbb nak kejar masa kene gak laa jalan. bfore sampai kami sempat mandi kejap, kasi jirus2 badan. dh x jaoh pun, dpn tu je. 



Antara sungai2 yg perlu diredah

Tepat pukul 5.30pm kami pun sampai di pos Rengil. Alhamdulillah, trip V2 dh tamat!!yeayy. Adi , wan n abg poncho antara yg sampai awal, the rest sampai dlm pukul 7.30pm. Aku rehat kejap sementara tunggu powil dtg. 


Hari time tu pun nak hujan. Bila half dari trip dh sampai, barulah kami gerak ke balai polis lojing. 2nd trip sampai kira2 pukul 8.30pm. Bila semua dh kumpul barulah kami gerak ke cameron highland. Ahh, melihat kembali tamadun manusia. Ada perasaan gembira, ade gak perasaan hiba. Xtau nape jd hiba sgt. Maybe sbb kembali ke dunia realiti yg penuh dgn cabaran. 



Tahniah korang yg sampai ke yong yap. Korang mmg power!!!

Tapi itula yg diajar oleh hutan selama 7 hari dlm hutan. Ko lalu semua tu sbb nak kuatkan lagi mental ko utk tempuhi cabaran mendatang. Mindset aku kiranya dh totally berubah bila aku keluar hutan. Aku jd lg tenang n lagi semangat. 

Bnyk bnd ko boleh blaja dari dlm hutan. Ambik la satu utk dijadikan pengajaran dan dibawa hingga ke akhir hayat. Xde gunanya bjalan jaoh tp x dpt ape2 ilmu. igt tuu.hehe. Ape2 pun trip 8 hari ni sgt2 enjoy n best. Kene redah pokok, redah berjam2 xde air, tido tgh2 trek, degil x dgr kata org, semua berlaku. Trip dimana aku hargai kwn lebih dari yg sebelumnya. Trip dimana aku mensyukuri nikmat Allah yg diberikan. Trip dimana aku mencuba bertahan dpd rebah dan mengalah. Trip yg mana berat bdan aku turun 10kg.hohohohoho.Lineup2 pun semua awesome, sporting. Otai2 bnyk bagi ilmu kat newbie mcm aku ni. Thanks guys sbb sabar dgn kerenah aku n layan aku yg slow ckit.hehe. Harap x serik nak trek ngan aku. Thanks yaya sbg pm program sbb jayakan program ni. thanks kat abg poncho sbb guide kitorang dr awal sampai aher. N thanks kat HUTAN sbb bnyk bagi pengajaran, waima yg baik ataupun buruk. salah silap aku yg dilakukan dlm rimba harap diampun maafkan. Baru stahun hike dh mengada nak pg V2.hahaha. Maybe adela hikmah utk aku pg trip ni. Samada sedar atau tidak je. Last but not least korang mmg SLOW TAPI KENTAL!!


TILL WE MEET AGAIN :)

-MK-